Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka Tanah Melayu yang asalnya hanya dihuni orang Melayu telah berubah ekonomi serta politiknya akibat dicorakkan oleh dasar penjajah Penduduknya hari ini berbilang kaum dan tanpa penyatuan nasional yang d

  • Title: Kontrak Sosial: Perlembagaan Persekutuan 1957 Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka
  • Author: Mohd Rizal Yaakop & Shamrahayu A.Aziz
  • ISBN: 9789674302986
  • Page: 497
  • Format: None
  • Tanah Melayu yang asalnya hanya dihuni orang Melayu telah berubah ekonomi serta politiknya akibat dicorakkan oleh dasar penjajah Penduduknya hari ini berbilang kaum dan tanpa penyatuan nasional yang dimapankan, pemahaman berkaitan Perlembagaan, manipulasi mudah saja dilakukan Menyedari situasi ini, kontrak sosial menerusi Perlembagaan Persekutuan 1957 tidak wajar dibahasTanah Melayu yang asalnya hanya dihuni orang Melayu telah berubah ekonomi serta politiknya akibat dicorakkan oleh dasar penjajah Penduduknya hari ini berbilang kaum dan tanpa penyatuan nasional yang dimapankan, pemahaman berkaitan Perlembagaan, manipulasi mudah saja dilakukan Menyedari situasi ini, kontrak sosial menerusi Perlembagaan Persekutuan 1957 tidak wajar dibahas atau dipertikai secara terbuka kerana impaknya berisiko memporak perandakan keharmonian, sekali gus menukar perpaduan sedia ada kepada cabaran paling getir Hakikatnya, kesediaan mewujudkan kerajaan demokrasi bukan keputusan mudah, malah ia adalah pengorbanan radikal orang Melayu sebagai masyarakat peribumi Tanah Melayu Bagaimanapun, hasil tolak ansur dan kesepakatan yang dicapai UMNO, MCA, serta MIC menerusi perjanjian yang dimeterai Perlembagaan Persekutuan 1957, beberapa perkara dimaktubkan termasuk kesediaan orang Melayu mengubah status tanah tumpah darah keturunan mereka menjadi tanah perkongsian melalui pemberian kerakyatan kepada orang Cina berkongsi kuasa politik Justeru, sewajarnya kedudukan orang Melayu dihormati dan realiti ini perlu diterima setiap rakyat Malaysia di samping hak kaum lain kekal dipelihara Susulan itu, buku ini menjelaskan bagaimana kontrak sosial yang dimeterai Perlembagaan Persekutuan 1957 dirangka untuk tujuan menyelesaikan kepentingan semua kaum di Tanah Melayu, baik majoriti mahupun minoriti Pada masa sama, buku ini turut merungkai bagaimana kontrak sosial yang tidak wujud secara istilah pada teks Perlembagaan Persekutun 1957 diguna pakai untuk menterjemah takrif persefahaman dan kesepakatan bagi keadilan sosial tiga kaum terbesar di Tanah Melayu Perlaksanaannya berteraskan semangat mendalam dan ia terbukti berkesan memelihara keharmonian kaum sehingga hari ini Berikutan itu, ia wajar dilindungi dan buku ini akan memperincikan perbincangan yang disertakan dokumen lengkap bagi membolehkan kontrak sosial difahami dan seterusnya menutup debat percanggahan serta pertelingkahan yang hanya bermaksud mengucar ngacirkan negara Hakikatnya, mengekalkan perpaduan adalah proses rumit dan ia hanya akan boleh dijayakan jika rakyat memahami kepentingan menyuburkan toleransi tanpa syak wasangka, curiga, dan sikap pentingkan diri sendiri Pendek kata, di mana bumi dipijak, di situlah langitnya kita junjung Hidup di Malaysia hari ini bukan sekadar menjadi bumi yang dipijak tetapi inilah bumi tempat tumpahnya darah kita Lebih 20 juta warganegara yang sudah pun waktunya bangkit merealisasikan penyatuan nasional demi Malaysia hari ini dan lebih penting Malaysia masa depan.

    • [Ó Kontrak Sosial: Perlembagaan Persekutuan 1957 Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka || ☆ PDF Read by ↠ Mohd Rizal Yaakop & Shamrahayu A.Aziz]
      497 Mohd Rizal Yaakop & Shamrahayu A.Aziz
    • thumbnail Title: [Ó Kontrak Sosial: Perlembagaan Persekutuan 1957 Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka || ☆ PDF Read by ↠ Mohd Rizal Yaakop & Shamrahayu A.Aziz]
      Posted by:Mohd Rizal Yaakop & Shamrahayu A.Aziz
      Published :2019-07-15T23:06:23+00:00

    About "Mohd Rizal Yaakop & Shamrahayu A.Aziz"

    1. Mohd Rizal Yaakop & Shamrahayu A.Aziz

      Mohd Rizal Yaakop & Shamrahayu A.Aziz Is a well-known author, some of his books are a fascination for readers like in the Kontrak Sosial: Perlembagaan Persekutuan 1957 Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka book, this is one of the most wanted Mohd Rizal Yaakop & Shamrahayu A.Aziz author readers around the world.

    563 thoughts on “Kontrak Sosial: Perlembagaan Persekutuan 1957 Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka”

    1. Buku ini kelihatan tebal oleh kerana menyertakan pelbagai dokumen dan sumber telah dirujuk sekaligus menjadikannya komprehensif sebagai rujukan utama Gabungan penulis dari latar belakang sejarah dan undang undang adalah sesuatu yang baik untuk melihat perspektif perlembagaan dari pelbagai sudut Apa yang penting yang cuba diketengahkan di dalam buku ini ialah pemahaman Perlembagaan Persekutuan haruslah didasarkan kepada semangat muafakat dan tolak ansur di kalangan pemimpin dan rakyat jelata Di z [...]


    2. Saya difahamkan kos untuk menerbitkan mengumpul dokumen, mengkaji buku ini bernilai RM1 juta Buku yang wajar dimiliki untuk lebih memahami bagaimana kontrak sosial dimeterai Perlembagaan Persekutuan 1957 yang secara dasarnya bertujuan menyelesaikan kepentingan semua kaum di Tanah Melayu.


    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *